Tuesday, January 5, 2010

5 Sebab Kenapa Perlu Anda Menjadikan Bidang Sains Komputer sebagai Bidang Pilihan ANDA



Di bawah adalah 5 sebab kenapa anda perlu menjadikan Bidang SAINS KOMPUTER sebagai bidang pilihan ANDA :

1. Komputer adalah sebahagian dari Hidup Kita

Umum mengetahui bahawa penggunaan komputer menjadi sebahagian dari hidup kita. Dari kenderaan yang kita pandu, medium pembelajaran seharian, pembayaran bil dan dalam urusan dengan perniagaan serta kerajaan. Telah menjadi satu ilmu wajib kepada seseorang pada abad ke-21 ini iaitu memahami penggunaan komputer. Sama ada anda mahu menjadi seorang penyelidik yang menggunakan mesin / jentera berteknologi tinggi, atau penggodam (hacker) atau anda hanya ingin mengetahui perkara benar tentang apa orang kata "computer made a mistake", oleh itu, mempelajari sains komputer adalah penyelesaian kepada semua bidang dan persoalan anda.

2. Kepakaran dalam Sains Komputer Membolehkan Anda Menyelesaikan Masalah Rumit dan Mencabar

Sains Komputer merupakan bidang disiplin ilmu yang menawarkan kemudahan dan penyelesaian kepada semua persoalan dalam semua lapangan. Oleh itu, pengkomputeran memerlukan kebolehan dalam menyelesaikan masalah secara mendalam, pelbagai dimensi imaginasi, dan mengenalpasti beberapa halangan dan cabaran.

3. Sains Komputer Membolehkan Anda Mengubah Dunia kepada Perspektif Lebih Positif

Pengkomputeran membawa anda kepada inovasi dalam bidang sains (projek gen manusia, penyelidikan vaksin AIDS, pengawalan alam sekitar dan mempertahankan beberapa masalah yang lain) dan dalam bidang kejuruteraan, perniagaan, hiburan dan pendidikan. Jika ANDA mahu mengubah dunia kepada lebih POSITIF, belajarlah bidang SAINS KOMPUTER.

4. Bidang Sains Komputer Menawarkan Kerja yang Paling Lumayan dan Paling Kompetitif

Pekerjaan sains komputer merupakan antara bidang kerja yang paling lumayan dan paling memuaskan di dunia [Sumber: MONEY Magazine & Salary.com]. Pekerjaan dalam bidang ini menawarkan ruang inovasi dan kreativi dalam semua lapangan. Pada masa-masa akan datang, pasaran bidang kerja ini akan menjadi paling kompetitif di dunia. :)

5. Sains Komputer Menawarkan Ruang Mencerlah Kreativiti dan Inovasi

Membangunkan aplikasi / sistem penyelesaian sama ada dalam bidang sains, matematik dan kejuruteraan merupakan salah satu inisiatif yang kreatif. Ini kerana anda akan berfikir secara logik dan pantas untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Sistem atau aplikasi yang dibangunkan akan nampak lebih elegan dan berkualiti tinggi jika kemahiran sains komputer diguna pakai.

FSKSM, UTM dan Program Akademik



Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM), UTM, Skudai, Johor merupakan pusat terawal pengajian tinggi dalam bidang sains komputer. Sejak awal tahun 1980-an, FSKSM telah menawarkan Ijazah Pertama Sains Komputer dan menjadikan FSKSM sebagai pusat kepakaran dalam bidang tersebut. Ini kerana program akademik yang ditawarkan sentiasa dikemaskini dan mengikut keperluan industri. FSKSM juga merupakan pusat kecemerlangan dari segi pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, dan menyediakan graduan-graduan berkemahiran tinggi dan berbakat besar bagi menampung keperluan industri. Oleh yang demikian, dengan segala kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua staf FSKSM dan kerja berpasukan yang padu, kami telah dianugerahkan status MSC pada tahun 2002.

FSKSM bertanggungjawab menyediakan graduan dengan kemahiran generik supaya mereka terus bergerak aktif dan dinamik, memiliki kemahiran tinggi dan mempunyai hemah diri yang tinggi. Oleh itu, program / kos yang ditawarkan oleh FSKSM adalah mengikut piawaian antarabangsa iaitu piawai Association for Computing Machinery (ACM) dan The Computer Society of the Institute for Electrical and Electronic Engineers (IEEE-CS).

Terdapat 6 Program Akademik yang ditawarkan iaitu :
  1. Bachelor of Computer Science (Software Engineering) [TC10]
  2. Bachelor of Computer Science (Database Systems) [TC14]
  3. Bachelor of Computer Science (BioInformatics) [TC24]
  4. Bachelor of Computer Science (Computer Networks and Security) [TC27]
  5. Bachelor of Computer Science (Industrial Computing) [TC28]
  6. Bachelor of Computer Science (Graphics and Multimedia Software) [TC29]
*[TC##] refer to UPU Code.

Selamat Datang ke Blog Rasmi Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, UTM



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia semua,

Selamat melayari blog rasmi Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM), UTM. Blog ini diwujudkan untuk menyampaikan segala informasi / berita terkini / isu semasa di fakulti. Selain itu, blog ini juga merupakan wadah bertukar pandangan dan berkongsi idea sama ada di kalangan staf fakulti, mahasiswa, pelajar dan orang ramai seperti ANDA di luar sana.

Teruskan berkunjung di blog ini dan tekan terus CTRL + D untuk menetapkan blog ini sebagai Favourite Site anda. :)

Terima kasih.