Tuesday, January 5, 2010

FSKSM, UTM dan Program Akademik



Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM), UTM, Skudai, Johor merupakan pusat terawal pengajian tinggi dalam bidang sains komputer. Sejak awal tahun 1980-an, FSKSM telah menawarkan Ijazah Pertama Sains Komputer dan menjadikan FSKSM sebagai pusat kepakaran dalam bidang tersebut. Ini kerana program akademik yang ditawarkan sentiasa dikemaskini dan mengikut keperluan industri. FSKSM juga merupakan pusat kecemerlangan dari segi pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, dan menyediakan graduan-graduan berkemahiran tinggi dan berbakat besar bagi menampung keperluan industri. Oleh yang demikian, dengan segala kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua staf FSKSM dan kerja berpasukan yang padu, kami telah dianugerahkan status MSC pada tahun 2002.

FSKSM bertanggungjawab menyediakan graduan dengan kemahiran generik supaya mereka terus bergerak aktif dan dinamik, memiliki kemahiran tinggi dan mempunyai hemah diri yang tinggi. Oleh itu, program / kos yang ditawarkan oleh FSKSM adalah mengikut piawaian antarabangsa iaitu piawai Association for Computing Machinery (ACM) dan The Computer Society of the Institute for Electrical and Electronic Engineers (IEEE-CS).

Terdapat 6 Program Akademik yang ditawarkan iaitu :
  1. Bachelor of Computer Science (Software Engineering) [TC10]
  2. Bachelor of Computer Science (Database Systems) [TC14]
  3. Bachelor of Computer Science (BioInformatics) [TC24]
  4. Bachelor of Computer Science (Computer Networks and Security) [TC27]
  5. Bachelor of Computer Science (Industrial Computing) [TC28]
  6. Bachelor of Computer Science (Graphics and Multimedia Software) [TC29]
*[TC##] refer to UPU Code.

No comments:

Post a Comment