Tuesday, July 13, 2010

[Jawatan Kosong] di FSKSM - PPTM F29

Assalamualaikum dan Salam Ceria,

FSKSM memerlukan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) F29 yang berdedikasi, berkomitmen dan mempunyai daya inovasi serta kreativiti yang tinggi selaras dengan misi dan visi UTM sbg Universiti Penyelidikan.

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mempunya diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  3. Mahir dalam pengaturcaraan dan bahasa web seperti XHTML, CSS, Javascript, ASP, PHP, platform .Net dsb;dan
  4. Mahir dalam menggunakan perisian sumber terbuka untuk pengurusan maklumat dalam web (CMS);dan
  5. Memiliki salah satu sijil kemahiran / profesional dalam bidang komputer atau rangkaian merupakan satu kelebihan.

Permohonan hendaklah menggunakan borang Jawatan Kosong UTM di laman web berikut : http://www.utm.my/registrar/images/careerutm/jobutm2010.pdf

Hantarkan borang permohonan anda ke alamat berikut :
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Skudai
Johor Darul Takzim
(U/P: Prof. Madya Dr. Kamarulnizam Abu Bakar)

Utk maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan Prof. Madya Dr. Kamarulnizam Abu Bakar di knizam@utm.my

No comments:

Post a Comment