Minggu Studi adalah waktu yang paling kemuncak sepanjang semester kerana anda bertungkus lumus mempersiapkan diri untuk peperiksaan akhir. Pada waktu ini juga, ada segelintir pelajar sudah mula mencongak markah atau menjangkakan keputusan CGPA / CPA yang akan mereka perolehi. Pelbagai kaedah dan strategi belajar dapat dilihat ketika minggu ini kerana masing-masing mahukan keputusan yang cemerlang.
Walau apapun strategi anda, 'pecutan terakhir' sebelum ke garisan penamat (peperiksaan akhir) atau strategi belajar yang betul pada Minggu Studi adalah amat penting. Ini kerana persiapan anda adalah penentu kepada kecemerlangan.
Langkah 1 : Ketahui Waktu Peperiksaan Untuk Setiap Subjek yang Diambil
Mengetahui waktu peperiksaan setiap subjek adalah langkah yang paling penting pada minggu Studi. Sebarang pindaan dan perubahan waktu peperiksaan seperti kod subjek, tarikh, masa dan tempat mestilah diketahui dengan segera.
Sikap menghiraukan waktu peperiksaan dengan mengharapkan kawan-kawan sama seperti anda GAGAL dalam peperiksaan. Ini kerana jika anda hadir peperiksaan di tempat yang ditentukan tetapi pada tarikh yang berlainan, anda tetap juga tidak dapat menduduki peperiksaan tersebut. Akhirnya, anda perlu menghadiri Peperiksaan Khas atau terpaksa belajar satu semester lagi semata-mata kerana kealpaan anda sendiri.
Langkah 2 : Merancang Waktu Belajar + Waktu Rehat
Setiap manusia diberi masa 7 hari seminggu, 24 jam sehari, 60 minit sejam dsb. Walau bagaimanapun, prestasi manusia berbeza antara satu sama lain. Ini kerana sikap atau pemikiran kita yang menentukan penggunaan masa kita seharian. Oleh yang demikian, untuk mengoptimumkan penggunaan masa pada minggu studi, anda mestilah bijak membahagikan masa belajar dan masa rehat.
Masa belajar adalah masa untuk mengulangkaji dan membuat latihan. Masa rehat pula adalah masa untuk persiapan sendiri seperti mendirikan solat, makan, bersembang dengan kawan-kawan dsb. Tidak kira corak belajar anda sama ada pagi atau malam (stay overnight), yang paling penting adalah penggunaan kedua-dua masa tersebut (belajar + rehat). Lebihkan masa belajar pada minggu studi dan kurangkan masa rehat* anda.
* Kurangkan masa melayari Internet terutamanya ke laman web Social Networking. Ini kerana fakta menunjukkan bahawa pengguna Internet menggunakan masa yang banyak untuk ke laman web tersebut. Hadkan masa melayari untuk bersosial dan lebihkan masa melayari untuk mendapatkan maklumat / fakta tambahan.
Langkah 3 : Berdisiplin dan Corak Belajar
Corak pembelajaran seseorang pelajar adalah berbeza-beza. Ada sesetengah pelajar lebih suka menyendiri dan ada juga yang belajar dalam kumpulan. Walau apapun corak pembelajaran seseorang itu, yang paling penting adalah disiplin. Disiplin di sini bermaksud sentiasa fokus dan konsisten, mempunyai jadual belajar yang efektif dan tersusun, tidak menunda sesuatu kerja, dan sentiasa patuh kepada perintahNya.
Langkah 4 : Utamakan yang Utama dan Kesihatan
Setiap hari kita akan menghadapi seribu satu tugas dan hal yang perlu diselesaikan. Oleh yang demikian, anda perlu melakukan perkara yang PALING PENTING dan SEGERA berbanding perkara yang TIDAK PENTING dan TIDAK SEGERA. Perkara PALING PENTING dan SEGERA pada minggu studi adalah belajar dan terus belajar semua subjek mengikut jadual yang telah ditetapkan. Perkara yang TIDAK PENTING dan TIDAK SEGERA adalah melayani panggilan / SMS rakan2, menghabiskan masa dengan tidur sepanjang hari atau menonton drama / rancangan tv. Anda perlu jauhi perkara tersebut.
Kesihatan fizikal dan mental perlu dijaga sepanjang minggu semester. Kurang tidur dan makan makanan yang tidak seimbang akan menyebabkan anda akan ditimpa sakit di kemudian hari. Keraplah bersenam dan berehat sebentar setelah penat mengulangkaji bagi mengelakkan anda terasa tertekan atau hilang fokus. Ini kerana minda yang cergas datangnya dari badan yang sihat.
Langkah 5 : Doa + Tawakkal
Kesihatan mental dan kecemerlangan rohani datangnya dari ibadah kita kepadaNya. Hanya dengan berdoa, Allah sentiasa mendengar rintihan dan permintaan kita. Jangan berputus asa dan berhenti doa kepadaNya kerana Allah suka kepada hambaNya yang berdoa. Setelah penat berusaha dan bertungkus lumus mengulang kaji pelajaran, tiba masanya kita bertawakkal dan berserah kepadaNya atas segala usaha dan doa yang telah dipanjatkan.
Semoga anda terus berjaya dengan cemerlang di medan peperiksaan akhir. Anda adalah apa yang anda fikirkan. Best of luck to all!!!
-Firdaus-Harun.com

ReplyDeletesalam ziarah~ trime kaseh bebanyak ats nasehat n tips yang berguna ini.
Semuge diberkati~
amiin~~
nota kaki: gud luck semua~ =)
Ok...sama2...teruskan usaha tanpa jemu
ReplyDelete